1

::: WORKOUT (CHEST)




Bench Press






                   

                                                                           Pushup




Dumbbell Press




Flat Flyes
Cable Crossover
Cable Press
Cable Flyes
Chest Dips 

TIPS: Anda boleh memilih mana2 empat daripada workout ini. Lakukan 3-4 set dengan 8-12 ulangan bagi setiap set,sekali atau 2 kali seminggu dalam tempoh 4-6 minggu.



READ MORE- ::: WORKOUT (CHEST)

1

10 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab



Terdapat 70,000 umat Muhammad s.a.w yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan tiada azab. Ini bersumberkan hadis yang diriwayat Bukhari dan Muslim bersumber daripada Ibnu Abbas r.a. Muka mereka bercahaya seperti bulan purnama. Mereka adalah:

1. Ahl al-fadl (ahli kemuliaan)- orang yang menanggung kesakitan apabila diperbo-dohkan, bersabar apabila dizalimi dan memaafkan apabila dilakukan kejahatan terhadap mereka.

2. Ahli as sabr (ahli kesabaran)- bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah dan menghindarkan maksiat terhadap-Nya.

3. Jiran-jiran Allah- saling berziarah dalam berkasih-sayang kerana Allah, duduk dan bangun bersama-sama saudara mereka kerana Allah.
(hadis riwayat Abu Nu’aim daripada Ali bin Husain)

4. Orang yang mati dalam perjalanan ke Mekah samada pergi atau balik
(hadis riwayat Jabir)

5. penuntut ilmu, perempuan yang taat kepada suami dan anak yang berbakti kepada ibu bapa
(hadis marfu’ sumber Abu Ayyaub al-ansari)

6. Sesiapa yang berjalan kerana hendak menunaikan hajat saudaranya yang muslim sehingga tertunai hajat itu dan meniggal dalam masa tersebut.
(hadis marfu’ sumber daripada Anas)

7. Sesiapa yang mengasuh kanak-kanak sehingga berupaya mengucapkan ‘lailahaillallah”
(hadis sumber daripada A’isyah r.a)

8. Orang islam lelaki dan perempuan yang mati pada malam dan siang hari Jumaat
(hadis marfu’ sumber daripada ‘Ata’)

9. Hamba yang bersabar apabila diuji dengan bala bencana pada tubuhnya dan anaknya
(hadis marfu’ riwayat Hakim at-Tirmidzi)

10. Orang yang menggali perigi di tengah padang dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah
(Ibn Mas’ud)

Al-Hakim dan al-Baihaqi mengeluarkan hadis yang bersumber daripada Jabir secara marfu’: “Barangsiapa yang lebih kebajikannya atas kejahatannya, maka mereka itulah yang masuk ke syurga tanpa hisab, dan barang siapa yang sama kebajikannya dan kejahatannya maka mereka itulah yang dihisabkan dengan hisab yang sedikit, dan barang siapa yang kejahatannya lebih banyak, maka dialah yang diberikan syafaat setelah menerima siksaannya.”
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang dapat masuk syurga tanpa hisab dan dibentangkan suratan amal. Tajdidkan niat. Ikhlaskan diri. Biar tidak dipuji manusia. Pentingnya adalah nilaian pandangan Allah taala.
*Sumber daripada buku Misteri di sebalik tiupan sangkakala saringan daripada kitab At-Tazkirah fi Ahwal al-Mauta wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi dan Kasyful Ghummah pada menyatakan orang mati & hal hari kiamat oleh Syeikh Daud al-Fatani yang disusun oleh Muhammad Ramzi Omar.
READ MORE- 10 Golongan Yang Masuk Syurga Tanpa Hisab

2

Del Nero Milik Johor (Bekas Pemain Sayap Lazio)





Johor telah melengkapkan satu lagi pemindahan dengan menandatangani bekas pemain sayap Lazio, Simone Del Nero.

Pemain sayap Itali ini didedahkan pada sidang akhbar di Hotel Thistle, Johor Bahru pada hari Jumaat petang.

Bercakap kepada Goal.com pada majlis itu, pemain Itali ini berkata: "Saya gembira untuk berada di sini walaupun saya mempunyai tawaran lain dari Romania dan kelab utama Itali tetapi saya memilih untuk datang ke sini kerana saya telah diberitahu tentang rancangan besar oleh Putera Mahkota. [Johor]. "


"Saya tidak sabar-sabar untuk bermain bersama-sama [Dani] Guiza musim depan. Saya percaya bahawa pengalaman saya di Eropah akan berguna untuk kelab."


Johor FA yang baru disusun semula dan Johor FC kini di bawah satu pengurusan yang diselia oleh Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris.


Del Nero adalah nama besar kedua selepas bekas penyerang antarabangsa Sepanyol, Dani Guiza. Johor juga telah menyiapkan perpindahan pemain antarabangsa Malaysia, Aidil Zafuan, Zaquan Adha, Safiq Rahim, dan Azmi Muslim.


Del Nero telah memenangi Coppa Italia pada tahun 2008 dengan Lazio. Beliau adalah pemain pinjaman pada musim lepas di Cesena dan bermain sebanyak 11 penampilan serta menjaringkan dua gol.





READ MORE- Del Nero Milik Johor (Bekas Pemain Sayap Lazio)

2

::: KENAPA DILARANG BERNAFAS KETIKA MINUM ?


Sebuah riwayat dari Tsumamah bin Abdullah menyebutkan, "Dahulu Anas bin Malik RA pernah bernafas di dalam bejana dua kali atau tiga kali, dan dia mengira Nabi SAW pernah melakukan hal itu." (HR. Bukhari)

Riwayat lain dari Abu Qatadah dan bapanya mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila salah seorang di antara kamu minum, maka janganlah ia bernafas di bejana (gelas)."

"Dan jika salah seorang dari kamu buang air kecil maka janganlah ia memegang dzakar (kemaluannya) dengan tangan kanannya, jika membersihkan maka jangan membersihkan dengan tangan kanannya." (HR. Bukhari).

Sebahagian ulama mengatakan bahawa larangan bernafas di dalam bejana ketika minum sama seperti larangan ketika makan dan minum, sebab hal itu boleh menyebabkan keluarnya ludah sehingga boleh menjejaskan kebersihan air minum tersebut. Keadaan ini apabila dia makan dan minum dengan orang lain.

Adapun bila ia makan sendirian atau bersama keluarganya atau dengan orang yang tidak terganggu dengan caramu tersebut, maka hal itu tidak mengapa.

Imam Ibn Hajar Al-Asqalani pernah berkata, "Dan yang lebih bagus adalah menguatkuasakan larangan hadis Nabi tersebut, sebab larangan itu bukan untuk menghormati orang yang layak dihormati ataupun untuk mendapat penghargaan dari orang lain."

Imam Al-Qurtubi menambah pula, makna larangan itu adalah supaya bejana dan air tersebut tidak tercemar dengan air liur atau pun bau yang tidak sedap. (Fathul Bari, 10/94).

Demikianlah penjelasan para ulama kita. Para pakar kontemporari pun telah berusaha mengorek hikmah atas larangan tersebut. Mereka mengatakan ini adalah petunjuk yang indah yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW dalam menyempurnakan akhlak. Sumber republika.co.id
READ MORE- ::: KENAPA DILARANG BERNAFAS KETIKA MINUM ?

3

Hukum menggunakan wangian (perfume) beralkhohol








Soalan
Apakah hukum menggunakan wangian (perfume) beralkhohol?

Jawapan
Alkohol ada yang datang daripada arak dan ada yang bukan. Setiap arak mengandungi alkohol, namun tidak semua alkohol itu adalah arak. Oleh hal yang demikian, alkohol yang terdapat di dalam wangian; jika ia bukan datang daripada arak atau daripada proses pembuatan arak, tidaklah najis dan harus dipakai termasuk ketika solat. 

Jika datang daripada arak, hukumnya adalah najis. Hal ini arak itu sendiri adalah najis menurut jumhur ulamak (1). Syeikh Dr 'Ali Jumaah Muhammad menegaskan di dalam fatwanya; "Alkohol yang digunakan sebagai bahan dalam wangian, jika daripada jenis alkohol ethanol, adalah arak dan penggunaannya dalam wangian menyebabkan wangian itu menjadi najis dan tidak harus digunakan mengikut Syariat berdasarkan pandangan jumhur ulamak (yang berpandangan arak adalah najis)".

Rujukan;

1. Fatwa Syeikh 'Atiyah Saqar (Himpunan Fatwa Dar al-Ifta', Mesir, 8/413)
2. Fatwa Syeikh Dr. 'Ali Jum'ah Muhammad (www.dar-alifta.org)
3. Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan (www.e-fatwa.gov.my).

Nota;

(1) Menurut jumhur ulama termasuk imam-imam mazhab empat; arak adalah najis kerana Allah mengharamkan memakannya kerana zatnya, maka arak adalah najis sama seperti daging babi, bangkai dan sebagainya lagi yang haram dimakan. Selain itu, mereka juga berdalilkan firman Allah (bermaksud);“Wahai orang-orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, (semuanya) adalah rijs (kotor/keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”. (al-Maidah; 90)

Segelintir ulama – seperti Imam ar-Rabi’ah (guru Imam Malik), al-Laith bin Sa’ad, Imam al-Muzani (tokoh ulama dalam mazhab Syafiie), Daud az-Zahiri, as-Syaukani, Imam as-Son’ani, Rasyid Redha - berpandangan; arak tidak najis kerana tidak ada dalil daripada Syarak yang menegaskan kenajisannya. 

Walaupun haram diminum, namun tidak semua benda yang haram dimakan atau diminum secara automatik dapat dihukum sebagai najis. Setiap najis adalah haram dimakan, namun tidak semua yang haram dimakan adalah najis. Ganja, dadah dan racun-racun/bias-bisa yang boleh membunuh semua itu haram dimakan, namun pada masa yang sama adalah suci (tidak najis). 

Sesuatu itu dapat dianggap najis jika ada nas yang menegaskan adalah najis. Jika tidak ada nas, kekal di atas hukum asalnya iaitu suci. Tidak ada nas yang menegaskan arak adalah najis. Adapun ayat di atas, perkataan “رجس” (kotor/keji) di dalam ayat tersebut bukan bermaksud najis hissi (yakni najis yang dapat dilihat atau dirasai yang menjadi perbahasan kita), akan tetapi ia bermaksud najis maknawi (yakni kekotoran batin) iaitulah dosa dan munkar. 

Hal ini kerana perkataan “رجس” (kotor/keji) itu bukan sahaja ditujukan kepada arak, tetapi juga ditujukan kepada judi, berhala dan anak-anak panah (untuk mengundi nasib). Benda-benda selain arak itu (yakni judi, berhala dan anak-anak panah) jika kita memegangnya tidak ada ulama yang berkata kita memegang najis. Hal ini menunjukkan bahawa kekotoran yang dimaksudkan oleh ayat tersebut bukanlah kekotoran hissi, akan tetapi kekotoran maknawi. 
(Rujuk; Tafsir al-Qurthubi, surah al-Maidah, ayat 90).

http://ilmudanulamak.blogspot.com
READ MORE- Hukum menggunakan wangian (perfume) beralkhohol

4

Cara hilangkan sakit gigi





Sakit gigi bukanlah satu penyakit yang luar biasa, tetapi itu tidak bermaksud ia tidak menyakitkan. Sakit gigi boleh disebabkan oleh keradangan di dalam gigi yang disebabkan oleh bakteria.Kita sering menyalahkan diri kita untuk tidak menjaga gigi kita lebih baik, terutama apabila kita gigi kita berdenyut.

Teruskan membaca untuk mendapatkan beberapa maklumat mengenai beberapa cara semulajadi untuk hilangkan sakit gigi yang boleh membantu anda melegakan kesakitan sehingga anda boleh berjumpa doktor gigi.




1) Kunyah seulas atau dua cengkih sehingga anda rasa airnya di dalam mulut anda 

2) Menggosok minyak cengkih  pada gigi yang sakit boleh membantu meringankan kesakitan 

3) Berkumur dengan air garam juga boleh memberikan kelegaan. Kumur air garam ke seluruh mulut anda atau jika sakit sekadar masukkan ke dalam mulut tanpa berkumur dan biar untuk seketika dan luahkannya 

4) Letak bawang putih  pada gigi yang sakit, bersama-sama dengan beberapa garam batu. Ini juga membantu melegakan kesakitan.

5) Letakkan beg teh basah dan suam terhadap gigi yang sakit untuk mengurangkan tahap kesakitan serta-merta.

6) Letakkan kiub ais terhadap gigi yang sakit boleh membantu gigi menjadi kebas dan meringankan kesakitan.



READ MORE- Cara hilangkan sakit gigi

0

::: KEBURUKAN BANGUN LAMBAT



1. Masalah metabolisme

Jika Anda tidur terlalu lama, tubuh tidak akan berfungsi sesuai ritmenya. Anda akan merasa lapar dalam jangka waktu lama dan hal ini mempengaruhi kecepatan metabolisme.

2. Lesu

Tidur berlebihan akan membuat Anda merasa lesu. metabolisme Anda masih bekerja dalam 'set' malam hari. Tubuh membutuhkan waktu lebih lama untuk memulai sistem dan tidak dapat berfungsi normal. 

Jika Anda benar-benar ingin tidur sedikit lebih lama, usahakan jangan lebih dari tiga puluh menit.

3. Kehilangan waktu produktif

pagi hari adalah waktu paling produktif karena fikiran Anda masih segar. Jika Anda tidur terlalu lama maka akan akhirnya kehilangan banyak waktu produktif dalam sehari. Sehingga, Anda harus menyelesaikan pekerjaan sampai larut malam dengan terburu-buru.

4. Disorientasi

Tidur terlalu lama membuat Anda sulit berkonsentrasi dalam waktu lama. Kecuali, setelah bangun tidur Anda langsung berolahraga. Lalu, karena metabolisme tidak berhenti otak akan membuat Anda merasa lapar.

5. Sakit kepala

Cairan serebrospinal bergerak ke otak ketika Anda tidur terlalu lama. Kondisi ini, jika berlangsung dalam waktu lama dapat menyebabkan sakit kepala parah dan bahkan menyebabkan kebutaan.

Jadi, fikirkan lagi jika Anda ingin tidur lebih lama.
READ MORE- ::: KEBURUKAN BANGUN LAMBAT