Showing posts with label badminton. Show all posts
Showing posts with label badminton. Show all posts
1

CHONG WEI & OLIMPIK 2016









Datuk Lee Chong Wei menjelaskan bahawa beliau akan mempertimbangkan untuk beraksi di Sukan Olimpik 2016 sekiranya kesihatan beliau berada dalam keadaan baik.



Beliau menyatakan amat mustahil untuk dia beraksi dalam Olimpik 2012 namun sekiranya tahap kecergasan beliau stabil dan baik kemungkinan beliau akan beraksi, Chong Wei berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat rakyat Malaysia yang masih memerlukan khidmat beliau untuk beraksi pada temasya Olimpik 2016.



Kehadiran hampir 1000 peminat di KLIA untuk menyambut kepulangan beliau membuatkan beliau terharu & terkejut, di samping dapat mengubat kekecewaan setelah gagal menyumbang emas kepada negara. Beliau sangat berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila tidak jemu memberikan sokongan padu kepadanya selama ini.




READ MORE- CHONG WEI & OLIMPIK 2016

0

::: Tahniah !!! Lee Chong Wei





Lee Chong Wei layak ke perlawanan akhir Badminton Olimpik 2012 setelah mengalahkan Chen Long semalam. Chong Wei mempamerkan mutu perlawanan yang baik serta tentangan yang sengit terhadap lawannya sejak dari awal permainan. Beliau akan bertemu Lin Dan pada pusingan akhir. 

Perlawanan ini dijangka bermula pada jam 9 (waktu Malaysia) pada hari Ahad 5 Ogos. Rakyat Malaysia sangat berharap agar beliau dapat membawa pulang emas untuk Malaysia dalam acara badminton setelah arapan yang disandarkan kepada regu lelaki Malaysia berkecai setelah tewas kepada regu China sebentar tadi.










READ MORE- ::: Tahniah !!! Lee Chong Wei