:::TAIWAN tumpas di tangan Harimau MALAYA






KEPUTUSAN perlawanan Malaysia menentang Taiwan semalam di Stadium Nasional, Bukit Jalil, berakhir dengan kemenangan tipis berpihak kepada skuad Harimau Malaya,namun begitu keputusan tersebut menimbulkan sedikit perasaan gelisah buat skuad Harimau Malaya.
Kemenangan dalam perlawanan pertama, pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia mencipta rasa bangga tetapi anak didik Datuk K Rajagobal perlu menyajikan kelibat lebih garang dalam pertemuan timbal balik di Taiwan, Ahad ini andai memasang impian mahu layak ke pusingan kedua.

Malaysia bermula garang dengan membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi sepakan cantik Safiq yang berpunca daripada gerakan Abdul Hadi Yahya sejurus selepas masuk menggantikan Helmi Remeli.


Hadi tidak menunggu lama memecah bentang pertahanan dari sisi kanan sebelum melorong bola kepada S Kunanlan dan umpanan pemain tengah itu mudah disempurnakan Safiq yang merembat kencang menewaskan penjaga gol Taiwan, Lin Po-Cheng. 

Babak kedua menyaksikan Rajagobal memasukkan Ahmad Fakri Saarani untuk menggantikan Safee Sali yang mengalami kecederaan di akhir babak pertama, dan penyerang muda itu hampir menambah jaringan selepas menerima hantaran leret Baddrol Bakhtiar, namun tolakannya tersasar. 
Minit ke-55, Aidil menceriakan lebih 45,000 penyokong Harimau Malaya apabila menanduk masuk gol kedua yang bermula daripada sepakan sudut Safiq.

Kelebihan dua gol kem negara bagaimanapun dihakis oleh serangan pantas Taiwan yang melakukan asakan dari sebelah kanan gawang dan pemain tengah, Chen Po-Liang mudah menewaskan penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee pada minit ke-76. 

0 comments:

Post a Comment

Hye...jangan lupa tinggalkan komen anda disini :)