!!! Buat PC sendiri





Hai,hari ini admin nak bagi info skit macam mana nak buat PC korang sendiri,maksudnya korang pilih specification untuk komponen2 PC korang.


1st skali korang kena consider 3 benda ni :
- input (untuk masukkan maklumat/data)
- process (proses data)
- output (keluarkan data)


Bila dah tahu benda2 ni,senaraikan barang untuk tiap2 benda kat atas tu

input
- keyboard
- mouse

process (cpu)
- casing
- motherboard
- processor
- ram
- hard disk
- graphic card (optional)

output
- monitor
- printer (optional)


Ok, mula2 sekali bila nak buat pc ni ialah memilih casing yang sesuai,terpulang la korang nak amik design yang macam mana ada macam2 jenis casing yang dijual seperti cooler master. Tapi lebih baik ambil casing yang besar sikit supaya senang nak upgrade dan xla panas sangat komponen2 kat dalam tu.

Kemudian korang kena pilih processor jenis apa yang korang nak, ada 2 brand kat pasaran Malaysia iaitu Intel & AMD. Tips nak memilih processor ni ialah berdasarkan tujuan penggunaan korang untuk kegunaan menaip ke surf internet ke ataupun nak main game. Harga processor untuk Intel berbanding AMD bagi spesifikasi yang lebih kurang sama adalah lebih mahal. Tapi kebanyakan orang memilih Intel kerana lebih tahan lama dan kurang panas.


Untuk motherboard ni, korang kena pilih yang bersesuaian dengan processor korang kalau tak x bleh pasang la.haha. Untuk motherboard, ASUS menjadi pilihan ramai kerana kualiti dan ketahanannya. Sebelum beli, korang kena tengok berapa slot yang ada dan berapa RAM yang boleh masuk, baru snang nk upgrade.


Ram ni antara yang terpenting, Klu xnak PC korang hang kena la beli RAM yang tinggi at least 4GB. Nak beli ram kena tengok jenis ram yang motherboard korang support. Kalau motherboard yang latest ni kebanyakannya guna DDR3,kalau lama sedikit DDR2.

Hard disk ni keguanaan dia untuk store data. Ada macam2 brand macam WD,Seagate,Samsung & lain2. Saiz yang ada 320 gb,500gb,& 1TB pun ada. Tips nak pilih hard disk bergantung kepada penggunaan korang.

Untuk graphic card, ini optional. Untuk pengguna yang melakukan kerja2 ringan x perlu. Tetapi untuk gamer dan pengguna editing software seperti photoshop korang patut beli untuk bagi kerja korang lebih lancar dan paparan lebih menarik. Graphic card ada macam2 jenis ASUS,ATI, GIGABYTE & lain2. LAgi tinggi bit graphic card tu lagi jelas gambar.





2 comments:

  1. Gombug said...:

    Tentera menggunakan teknologi telefon Android dalam medan pertempuran:

    Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan selain sebagai peranti komunikasi di mana teknologi ini hanya dimiliki oleh tentera Amerika Syarikat. Pihak tentera juga telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera.

    Baca artikel sepenuhnya di www.gombug.net

  1. Unknown said...:

    salam admin.nk tnye pendapat admin.agak2 brape bajet upgrade pc ni?? sbb sy pengguna pc HP.model xpasti.sbb sy ni newbie dlm IT ni.hehe..kegunaan sy utk gamer n online jer..kalu buat keje pun jarang lh..

Post a Comment

Hye...jangan lupa tinggalkan komen anda disini :)