Setelah sekian lama sindiket tabur paku menyepi kini muncul pula sindiket terbaru, menabur skru di jalan raya yang bertujuan untuk merosakkan tayar kenderaan. Kegiatan ini dipercayai oleh individu atau pemilik bengkel kenderaan.
Terbaru seorang pemandu yang melalui selekoh Jalan Duta berhampiran Tol Jalan Duta mendapati tayar keretanya terkena 16 batang skru pada kedua-dua biji tayar.Beliau terpaksa menukar kedua-dua tayar keretanya kerana terlalu banyak lubang pada tayar dan sukar ditampal lagi.
Sebelum ini pun terdapat kes yang sama berlaku pada penunggang motosikal.
Diharapkan semua pengguna jalan raya lebih berhati-hati terutama di musim perayaan yang akan tiba tidak lama lagi mengelakkan tragedi. :)
bahaya betul...