18 JALAN DITUTUP SEMPENA SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-55



Untuk makluman anda, sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 dan Perhimpunan 55 Tahun Merdeka, sebanyak 18 jalan sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat bermula 27 Ogos hingga 31 Ogos ini bagi tujuan persiapan, latihan serta sambutan sebenar.

Penutupan jalan dilaksanakan berperingkat mulai jam 6 pagi dan akan dibuka semula selepas acara selesai. 

Semua jalan ditutup adalah untuk acara utama perbarisan di Dataran Merdeka yang diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 pada 31 Ogos 2012. 

Jalan yang ditutup adalah:

  1. Jalan Travers/Jalan Damansara
  2. Jalan Mahameru/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara) 
  3. Jalan Lembah/Jalan Perdana (Masjid Negara) 
  4. Bulatan Hishamuddin/Jalan Lembah 
  5. Jalan Tembusu/Jalan Lembah 
  6. Jalan Cenderasari/Jalan Perdana 
  7. Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman 
  8. Jalan Kinabalu/Bulatan Hishamuddin 
  9. Jalan Raja/Jalan Hishamuddin 
  10. Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hishamuddin 
  11. Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak 
  12. Bulatan Dato Onn/Jalan Parlimen 
  13. Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut 
  14. Jalan Sultan Ismail/Jalan T.A Rahman 
  15. Jalan Munshi Abdullah/Jalan Dang Wangi 
  16. Jalan Dang Wangi/Jalan T.A Rahman 
  17. Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Mahkamah Persekutuan 
  18. Jalan T.A Rahman/Jalan Raja 


0 comments:

Post a Comment

Hye...jangan lupa tinggalkan komen anda disini :)