::: Van Persie Sah Milik Manchester United




United sahkan penyertaan Van Persie.

Manchester United telah mengesahkan mereka bersetuju dengan perjanjian untuk mendapatkan Robin van Persie daripada Arsenal.

Pengumuman itu dibuat selepas rundingan yang panjang dan Van Persie kini akan menjalani ujian medikal.


"Manchester United dengan besar hati mengumumkan mereka telah mencapai persetujuan dengan Arsenal FC untuk menandatangani Robin Van Persie" menurut kenyataan kelab itu.

"Perjanjian itu tertakluk kepada ujian medikal dan perjanjian terma peribadi. Pengumuman yang selanjutnya akan dibuat nanti."

Jika kedua-dua perkara berjalan dengan lancar, Van Persie mungkin akan diturunkan ketika United bertemu Everton pada perlawanan pertama musim Liga Perdana Inggeris yang baru Isnin ini.

Tiada jumlah yuran perpindahan yang telah didedahkan oleh United, tetapi dipercayai dalam lingkungan 20 juta pound.

Dikhabarkan juga, Van Persie akan mengikat kontrak selama empat tahun.





1 comments:

  1. Anonymous said...:

    I'm impressed, I have to admit. Seldom do I come across a blog that's equаlly еԁuсative and
    intеresting, and let me tell уou, you have hit thе nail on
    the heaԁ. The problem іs sоmethіng that not enоugh mеn and
    women are speаkіng intelligently about.
    I'm very happy I found this in my hunt for something regarding this.

    Also visit my web blog; payday loans
    My website - payday loans

Post a Comment

Hye...jangan lupa tinggalkan komen anda disini :)