TAAT
Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah
taat dan patuh kepada suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu
diutamakan terlebih dahulu lebih dari keluarga terdekatnya sendiri.
MELAYANI SUAMI
Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan
baik. Hubungan yang perlu dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab
itu, si isteri hendaklah memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.
MENGURUS RUMAHTANGGA
Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat
tinggalnya sebagai satu tempat untuk beristirahat yang menyenangkan. Isteri
hendaklah menghias rumah itu supaya ia kelihatan damai dan rasa senang hati
untuk tinggal di situ. Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias
mengikut kemampuan keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu
bergantung kepada suami isteri asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi uang perbelanjaan kepada si isteri,
maka si isteri mestilah berbelanja dengan bijak serta tidak menghambur-hamburkan
uang pemberian suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan
bukannya hawa nafsu. Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang
sibuk mencari nafkah yang mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si
isteri hendaklah membuat perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada
perbelanjaan melebihi pendapatan. Maka, si isteri hendaklah berhemat- cermat
dalam membuat pembelian supaya suami isteri itu hidup dalam serba
kesederhanaan.
MENJAGA MARTABAT SUAMI DIRI & KELUARGA
PENDORONG & PEMBERI MOTIVASI
Isteri yang solehah seharusnya menjadi teman berunding bagi
suami, menjadi sahabat dalam menyelesaikan masalah. Itulah sebabnya hubungan
suami isteri itu diartikan orang sebagi "teman hidup". Jika suami
menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan keluarganya, maka berilah
motivasi kepada suami disamping menghibur hatinya.
Tuesday, 31 July 2012
Labels:
puasa,
ramadhan,
suami,
tanggungjawab isteri
besar tanggungjawab isteri ni,sebab tu org tua2 kata kalau tak bersedia pikul tanggungjwb tak boleh kawin.