Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
1

::: KAD RAYA FREE UNTUK ANDA



Wahh...pejam-celik pejam-celik, sedar2 dah nak 1 Syawal dah. Korang semua ada hantar kad raya x kat member2 ataupun family korang? Kalau belum, korang boleh guna e-kad proton ni untuk hantar kat member2.  :)




READ MORE- ::: KAD RAYA FREE UNTUK ANDA

8

::: ENDING IKLAN RAYA TM (ASRI,MEI,KUMAR)







Kalau korang nak tengok sambungan untuk iklan Raya TM tahun ni, korang boleh klik dkat link bawah ni. Ada 4 ending yang berbeza yang TM buat. haha. 





2) Rahsia

3) Perasaan

4) Surprise


p/s:Korang boleh komen kat bawah ni ending mana yang paling ok :)
READ MORE- ::: ENDING IKLAN RAYA TM (ASRI,MEI,KUMAR)

1

::: IKLAN RAYA 2012





Assalamualaikum.semua.:). Lagi dua hari kita akan menyambut Aidilfitri. Rasanya dah ramai yang pulang ke kampung halaman masing2. So, korang dah tengok tak iklan raya tahun ni?Macam korang semua tahu tiap2 tahun ada je iklan baru sempena Aidilfitri. Jadi kepada yang belum tngok iklan2 raya tahun ni, kat sini korang boleh tengok iklan2 Aidilfitri  yang menarik untuk tahun ni. :)






1) Iklan raya Bernas





2) Iklan Raya TM





3) Iklan Raya Petronas





4) Iklan Maxis



p/s: Bagi aku iklan bernas memang yang terbaik la. Pendapat korang pula mcm mana? :)


READ MORE- ::: IKLAN RAYA 2012

0

::: Antara Penyebab Kemalangan






BERDASARKAN statistik sebelum ini, jumlah kemalangan jalan raya meningkat pada musim perayaan termasuk Aidilfitri.

Ketika Aidilfitri, kesibukan lalu lintas memang luar biasa kerana masing-masing mahu pulang beraya di kampung halaman.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengadakan operasi bagi memastikan kelancaran lalu lintas serta mengurangkan kemalangan jalan raya.

Justeru, bagi mengelak kemalangan di jalan raya, pastikan kenderaan anda dalam keadaan sempurna dan memandu mengikut peraturan, bukan perasaan.





Minta nasihat mekanik kereta yang berpengalaman dan ganti alat baru jika ia


tidak berfungsi.

Seorang pemandu yang berhemat sentiasa menentukan kenderaannya dalam keadaan baik bagi memastikan keselamatan diri, penumpang serta pengguna jalan raya lain.

Perkara asas perlu diberi perhatian ialah brek, minyak brek, lampu brek dan isyarat, minyak klac, air radiator, bunga tayar dan tekanan angin, lampu utama, pengilap cermin, hon, ekzos dan tali pinggang keselamatan.

Selain itu, pastikan lesen memandu, cukai jalan dan insurans masih boleh digunakan.

Pemandu juga dinasihatkan merancang laluan dan peruntukan masa untuk perjalanan.

Ada enam keadaan menjadi faktor berlakunya kemalangan, iaitu kenderaan, pemandu, cuaca, penglihatan, lalu lintas dan jalan raya.

Jika peralatan kenderaan tidak memuaskan ia akan menjejaskan sistem pemanduan anda.

Pemandu juga perlu mengetahui sedikit sebanyak selok-belok penjagaan kereta.

Laporan pasukan penunda mendapati kebanyakan kereta yang terhenti ketika dalam perjalanan tidak mengalami kerosakan serius sebaliknya hanya ada masalah bateri kereta lemah dan tiada minyak.

Justeru, bawa beberapa alat ganti yang mudah dan peralatan mekanik di dalam kereta kerana masalah boleh berlaku bila-bila masa.



INFO:

Garis panduan pemanduan berhemah:


Sesuaikan kelajuan berdasarkan keadaan kenderaan, pemandu, cuaca, penglihatan dan lalu lintas.


Patuhi peraturan jalan raya dan papan tanda keselamatan.


Tumpukan perhatian kepada jalan raya.


Jangan tergesa-gesa, tunggu dulu jika tidak pasti.


Rancang perjalanan lebih awal.


Tunjukkan niat anda dengan menggunakan isyarat yang betul.


Mahirkan diri anda dengan kenderaan yang digunakan.


Sentiasa berwaspada ketika di persimpangan.


Bersopan-santun terhadap pengguna jalan raya lain pada setiap masa.





READ MORE- ::: Antara Penyebab Kemalangan

0

::: Kembara Lailatul Qadr




1) Di dunia ini, semua makhluk adalah daripada tanah. Tanah adalah unsur yang mengumpulkan sifat-sifat nafsu dan keserakahan. Ia terserlah jelas dalam cara hidup haiwan. Kerana itu kita biasa menamakannya nafsu kebinatangan. 

2) Manusia juga dicipta daripada tanah. Maka sifat-sifat kebinatangan dikandung tubuhnya. Manusia menjadi jahat kerana nafsunya. Dan manusia bertambah jahat, bahkan sehingga lebih buruk daripada binatang kerana mereka memiliki kurniaan akal yang tiada pada binatang. Dengan akal yang dibiar mengikut kehendak nafsu, manusia bervariasi melakukan kerosakan dan kejahatan sehingga tak tergambar dalam kehidupan haiwan di hutan.

3) Sebelum kurniaan akal, binaan manusia berbeza daripada binatang dan semua kejadian di bumi dengan unsur kedua, iaitu unsur ruh. Ruh bukan dari bumi, bahkan dari langit, hidup bersama para malaikat menyembah tuhan di langit. Malaikat Jibril diberi nama al Ruh al Amin, sebagai satu pengenalan kepada hakikat kehidupan makhluk tuhan di langit. Ruh memiliki sifat-sifat ketinggian dan memburu kemuliaan.

4) Dengan roh, manusia membina dan membaiki diri. Ia mengenal tuhan seasal tanah airnya di langit, sebelum dihantar ke bumi, ke sangkar tanah manusiawi. Ia akan melonjak mencari kemuliaan, bermimpi untuk menyembah tuhan sebagaimana malaikat Allah. Bahkan, dengan akal yang memandu dengan ilmu kurniaan Allah, manusia mampu melonjak dan terbang di medan ubudiyah mengatasi kehebatan para malaikat Allah. Justeru perlumbaan manusia di medan rohani menuju tuhan amat terbuka dan dipenuhi contoh-contoh dan al mathal al a’la yang hebat. 

5) Justeru pertembungan tidak dapat dielakkan. Nafsu dan roh saling tarik menarik. Manusia acap tersadung, bahkan rebah di jalan mencari hakikat kehidupan. Ia adalah hikmat penciptaan manusia. Manusia diuji agar memenangi perlawanan agung sepanjang zaman. Perlawanan yang menjadi tunjang ciptaan langit dan bumi oleh Allah tuhan pencipta.

6) Nafsu lebih terkedepan memenangi pertembungan ini. Antara sebabnya, gelanggang adalah bumi dan tanah. Nafsu daripada tanah. Maka ia memiliki sebab-sebab penguasaan yang lebih baik. Ia seperti menjadi tuan rumah sebuah pertarungan. Godaan-godaan dunia begitu mendominasi berbanding godaan akhirat yang sukar dikesan. Maka keghairahan nafsu di dunia ini begitu sukar dibendung kecuali roh memiliki kekuatan dan bukaan baru yang mampu melonjakkannya dan melepaskannya daripada pengaruh dan kekangan nafsu.







Bagaimana ruh manusia memenangi perlawanan ini?

7) Allah merahmati manusia. Diciptakannya untuk mencapai kemuncak kemuliaan, bukan menghumbankannya ke lembah hina. Bukankah ditunjukkan kehebatan Adam alaihissalam di hadapan para malaikat, lalu disuruh bersujud kepadanya tanda penghormatan kepada makhluknya yang terbaik? Justeru rahmat Allah ke atas manusia hadir sepanjang masa, apatah saat manusia mencari-cari dan kelemasan.

8) Ada malaikat yang sentiasa berdoa demi kebahagiaan manusia, bahkan membantu mereka menempuh kesusahan dengan izin tuhannya. Kemudian ada insan maksum yang dihantar tuhan ke pelusuk mana manusia tinggal. Mereka para nabi yang sering diperteguhkan dengan rakan-rakan, bahkan paling jitu, dengan kitab-ktab langit yang suci yang tak tersentuh kekotoran dan tangan iblis. Jalan lurus terbentang jelas dan hidayat tuhan memancar terang, manakala pintu taubat ibarat bunga-bunga taman yang menggamit keindahan dan keterujaan.

9) Dia berfirman saat Adam diturunkan ke bumi; “Maka jika sekiranya datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka barang siapa yang mengikut petunjuk-Ku, tiadalah lagi ketakutan menimpa ke atas mereka dan tiadalah mereka itu bersedih lagi.” – (al Baqarah: 38) Itu janji tuhan. Maka pertarungan menentang iblis, nafsu, kejahatan dan pendukungnya di bumi ini bukanlah keseorangan dan terbiar bagai menanti ketewasan dan penyesalan. 

10) Kemuliaan manusia adalah pada pancaran akalnya. Akal bersinar dengan pengaruh ilmu yang diperolehnya. Sebagaimana ilmu bawahan duniawi menyinarkan laluan hidup duniawi dan membina tamadun agung di dunia, begitulah ilmu atas dan akhirat mencerahkan laluan menuju kehidupan akhirat. Nabi adalah bapa ilmu dan hikmat, manakala al-Quran adalah ilmu dan hikmat juga. Justeru al-Quran adalah kurniaan atas dan langit yang paling penting menyuluh manusia memasuki kubur. Begitulah nabi yang membaca dan mensyarah al-Quran dan al-hikmah.

11) Difardhukan ibadah solat lima waktu sebagai pencegah tarikan nafsu melakukan kejahatan. Dengan solat, ingatan kepada Allah dan akhirat kekal di dalam hati. Manusia solat akan berhenti melakukan kejahatan atau jika terlanjur, penyesalan dan ketakutan meliputi diri, lalu beristighfar dan memohon taubat. Begitu seluruh rukun yang lima. Ia mendidik hati dengan kemuliaan dan cinta kepada kerahmatan dan ketinggian.

12) Janganlah lupa ibadah puasa! Terkhusus ia untuk pertarungan menentang dan seterusnya mendidik nafsu agar boleh diurus dengan baik. Nafsu dilemahkan dengan kelaparan bernizam dan bersistem 30 hari berturutan. Ia tempoh terhangat meredakan asakan nafsu dan pengembalian roh ke medan penguasaan terhadap diri setiap mukmin.

13) Al-Quran turun di bulan Ramadan membantu roh dengan suluhan akal yang murni dengan ajaran al-Quran yan penuh hidayat dan hikmat. Justeru, penantian lailatul qadr adalah kesungguhan memuncak bagi hamba-Nya yang beriman.

Selamat memburu malam lailatul qadr yang agung. Semoga Allah merahmati sampai ke syurga-Nya. Aamin.

http://nikabduh.com
READ MORE- ::: Kembara Lailatul Qadr