Canon EOS M






Canon Marketing (Malaysia) Sdn Bhd menyasar penguasaan pasaran sehingga 30 peratus dalam segmen kamera tanpa cermin menjelang akhir tahun ini dengan pelancaran model terbarunya, EOS M.

Canon mula memasarkan kamera lensa tunggal pertamanya menggunakan teknologi tanpa pantulan itu Oktober ini dengan sasaran jualan 1,500 unit sebulan.
Model EOS M akan mewujudkan revolusi baru bagi peneraju pengimejan digital global itu yang mana ia menawarkan fleksibiliti pertukaran pelbagai lensa dengan saiz kameranya yang kompak dan dengan berat 262 gram.

Pelancaran model baru ini adalah sebahagian strategi Canon dalam memenuhi permintaan pasaran dan meneruskan komitmen kamidalam menawarkan produk berkualiti kepada pengguna.

EOS M adalah siri terbaru kamera Sistem Optik Elektro (EOS) Canon, yang sehingga kini model paling hampir kualitinya dengan DSLR berbanding model EOS sebelum ini.

Model ini dibawakan dalam empat pilihan warna iaitu hitam, merah, putih dan perak.

INFO: EOS M
− Dimensi: 108.6 milimeter lebar x 66.5 mm tinggi x 32.33 mm nipis

− Berat: 262 g

− Penderia Imej: 18.1 megapiksel dengan penderia APSC CMOS

− LCD: 3 inci skrin sesentuh



http://www.bharian.com.my/bharian/index_html

0 comments:

Post a Comment

Hye...jangan lupa tinggalkan komen anda disini :)